doaku untukmu sayang

Tuesday, May 7, 2013

Insaf kerana ucapan Bismillah.

Assalamualaikum. mcm makin rajin sya berblogging kn ? adakah anda perasan ? tidak ? ohh xpa la. haha. sya sorang ja kot yg perasan . kehkehkeh. today i wanna share the story yg sngt menarik. (bagi saya) . sila ambil iktibar drpada crta yg skejap lagi sya crtakn kpd kalian semua. terutamanya kita semua sbgai umat Rasulullah.

Bismillah.

sepasang suami isteri yg lanjut usia tlah mbina rumah tangga slma 40tahun. Mreka sanggup bertahan walaupun tinggal d sebuah pondok. hal itu membuat beberapa tetangga mereka merasa kagum. sebabnya, sikap dan perilaku si suami terhadap si isteri sangat buruk. si suami suka memukul, kasar dan seorang yg bengis.

Rasanya, hanya kesabaran si isteri yg menjadikan keluarga ini dpt bertahan. Sabar tidak hanya d saat mhadap kesulitan d dlm rumah tangga, tetapi juga sabar dalam menjalankan kebaikan dan menjauhi keburukan.

Salah satu kebiasaan baik isteri adalah membaca Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu perbuatan. ketika mahu berbicara atau bekerja, dia tidak pernah lupa mengucap Bismillah, dan hal itu seakan sudah menjadi sesuatu yang terbiasa diucapkannya apabila hendak melakukan sesuatu.

Sayangnya, si suami sangat tidak suka dengan kebiasaan baik ini. Dia juga sering mengejek isterinya ketika mengucapkan Bismillah. Malah dlm beberapa kesempatan, tamparan dan tendangan akan menimpa si isteri.
 
   "Bismillah lagi ! Apakah tidak ada ucapan lain yang lebih baik?!" bentak suami.

Untungnya, sang isteri tidak pernah menerimanya secara emosional.  baginya, dengan marah atau membalas tidak akan menyelesaikan masalah. malah sebaliknya, kemarahan hanya akan mengeruhkan masalah yang ada.

Pagi itu, si suami memarahi isterinya kerana mengucapkan Bismillah. Selain itu, si suami juga mengancamnya.

   "ingat, sekali lagi kau ucap perkataan itu, siap kau !"

Pada suatu hari, si suami merancang sesuatu. Tekadnya sudah bulat ingin membuat isterinya tidak mengucap Bismillah.

Pada awal bulan, seperti biasa dia memberikan wang belanja. kali ini, dia juga memberikan sejumlah wang kepada isterinya.

    "tolong simpan wang ini. jaga baik-baik, jangan sampai berkurang atau hilang. "

Tanpa banyak soal, si isteri menerima wang tersebut. lalu dia pergi menuju ke sebuah kamar yg biasa digunakn utk menyimpan wang dan brg bharga yg lain. di dlm kamar ini terdapat sebuah almari jati tempat menyimpan barang berharga. Si isteri merasa selamat menyimpan barang berharga disitu. Buktinya, dia belum pernah mengalami kehilangan walau sekali.

tanpa pengetahuannya, si suami terus mengawasi. Dari belakang, dia terus mengintai.  Seperti yang dirancang, si suami harus tahu tempat simpanan wang itu.

Diam2, keesokan harinya si suami menuju ke kamar tersebut utk mengambil wang simpanan isterinya di dalam almari jati. Si suami berjaya membuka almari itu, kemudian beg yg berisi wang itu diambilnya.  Si suami lantas mengeluarkan wang itu dan menyimpannya di suatu tempat rahsia.

Tiga hari kemudian,si suami memanggil isterinya dan meminta wang yang pernah diberikannya.

  " isteriku, aku memerlukan wang itu, bolehkah kau mengambilnya?"

   "skejap, sya ambilkn." jawab si isteri lalu berdiri iutk mgambil wang itu.

   "tunggu, aku ikut!"

 si suami segera mengikut isterinya. Dari belakang dia tersenyum dan yakin kali ini isterinya pasti terkejut. pada saat itulah, dia akan memarahinya habis-habisan.

Tiba d tempat penyimpanan, si isteri menuju ke almari. sebelum membuka pintu almari, si siteri mengucap, "Bismillahirrahmanirrahim".

Sehubungan dgn itu, Allah mengutus malaikat Jibril utk mgembalikan beg berisi wang tersebut, kemudian menyerahkan kpda suaminya.

  "Aneh." gumam si suami.

si isteri yg mdengar kata2 daripada suaminya, mengerutkn kening.

  "apa yg aneh?"

Bukannya menjawab pertanyaan, malah si suami meminta maaf kpda isterinya. Dengan segala ketulusan hati, dia mgaku bersalah.  Bukan hanya itu, si suami juga bertaubat kpd Allah SWT atas segala kesalahannya terutama masalah ucapan Bismillah isterinya. Sejak kjadian itu, si suami juga membaca Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment